Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Taklimat Asas Penyiasatan bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan

​29hb. April 2021

Satu sesi taklimat mengenai Asas Penyiasatan yang disampaikan oleh Pegawai-Pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei telah diadakan selama empat (4) hari bermula pada 26hb. April hingga 29hb. April 2021 bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan.

Sesi taklimat diadakan bagi meningkatkan lagi pengetahuan pegawai dan kakitangan Jabatan Tanah dalam aspek penyiasatan untuk menangani kes-kes pelanggaran perundangan dan pentadbiran tanah.

First.jpg

Second.jpg

Third.jpg

Forth.jpg

Sesi taklimat selama empat (4) hari berkenaan merangkumi pembentangan, perkongsian pengalaman dan sesi soal jawab daripada Pegawai-Pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei dan diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada penyampai-penyampai taklimat oleh Pemangku Pesuruhjaya Tanah, Haji Yunaidi bin Haji Yunus.

Sixth one.jpg

Sixth.jpg

Attachments