line decor
  
line decor
 
 

 
 
Pengenalan

Jabatan Tanah sangat berbesar hati dan gembira apabila dijemput untuk menyumbangkan kedalam sistem yang di panggil Sistem Laman Awam Brunei. Ianya adalah permulaan bagi penerokaan ke alam siber yang bebas dan kearah masa depan teknologi maklumat. 

Untuk tujuan itu, tentulah banyak batasan yang perlu diharungi kearah usaha-usaha  bagi menghadapi cabaran dimasa hadapan. Walaubagaimanapun, Jabatan Tanah sentiasa berusaha mengembangkan secara proaktif, segala sumber dan kemahiran didalam penyumbangan yang lebih produktif semada dari aspek ekonomi dan jua keberkesanan dan kecekapan.

Ditahun-tahun akan datang, sudah tentunya banyak  maklumat berhubung dengan proses permohonan tanah akan dapat dilihat oleh mereka yang ingin memohon. Adalah diharapkan dengan penglibatan Jabatan Tanah kedalam sistem laman web, semua jenis proses permohonan tanah akan lebih telus. Dengan ketelusan ini, akan hilanglah sebarang kewahaman dan kekeliruan berhubung dengan tempoh dan penghasilan dari urusan tanah yang dipohonkan. Ianya juga diharapkan akan menghasilkan tolensasi yang dapat diterima oleh umum keatas semua mekanisma yang digunapakai didalam semua jenis proses permohonan tanah dengan lebih jelas, akan tanggungjawab disemua pihak yang terlibat.

Urusan tanah juga harus difahami sebagai usaha bersama beberapa agensi kerajaan untuk menghasilkan aktiviti sejajar dengan perancangan penggunaan tanah dengan hasrat membuat dan memelihara suasana harmoni untuk semua orang. Semua urusan tanah dan yang seumpamanya bukanlah suatu isu yang mudah dinegara yang maju dan membangun. Perundangan yang dinamik dan hasil daripada peningkatan ekonomi disamping desakan untuk perubahan didalam suasana ekonomi yang serba mencabar dengan berbagai  permintaan yang konflik, adalah tepat untuk menukar stategi pengurusan dengan penekanan terhadap peningkatan pendapatan.

Proses memperbanyakan pengurangan kos yang didalam urusan permohonan tanah akan dapat dicapai dengan penglibatan didalam sistem laman awam ini. Ianya merupakan tren masakini dibidang pentadbiran dan pengurusan tanah. Tahun-tahun mendatang pastinya lebih mencabar setelah kita dilonggokkan dengan perisian-perisian yang berbagai jenis dipasaran. Jadinya tahun 2002 merupakan perubahan dinamik untuk Jabatan Tanah bila jabatan ini lebih terbuka untuk memenuhi kehendak orang ramai yang berurusan dengan Jabatan Tanah.

Walaupun ekonomi negara agak kecil semada GDP dan GNPnya, Jabatan Tanah memainkan peranan yang agak besar dalam perkembangkan ekonomi negara. Ini sangat penting untuk orang awam dan pihak swasta di Brunei Darussalam. Geran-geran tanah merupakan cagaran biasa yang digunakan untuk memperolehi bantuan pinjaman kewangan dan berbidang-bidang tanah dijadikan sumber kegiatan pengurusan dan kemajuan hartanah. Kemana agaknya para pengusaha dan peniaga akan berurusan tampa menjadikan tanah sebagai asas kepada pembangunan perniagaan dan perusahaan? Segala sumber yang dapat diperbaharui dan yang tidak dapat diperbaharui dapat kita jumpai tentunya berhubungkait dengan sumber tanah. Jadinya, sudah masa untuk kita mengambil endah kepentingan tanah kepada rakyat, samada agensi kerajaan, swasta dan individu. Pusat kepada semua ini ialah Jabatan Tanah yang menjadi penjaga dan penjana pembangunan dan kemajuan ekonomi untuk Negara Brunei Darussalam secara am.

Jabatan Tanah sedar peri mustahaknya maklumat tanah didalam sistem laman awam  ini dan akan sentiasa memberi dokongan dan sokongan bilamana sistem berkenaan bertambah robust dan disposable pada harga yang harus ditanggung oleh orang awam.



 
* CAPAIAN KE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA *
| Kementerian Pembangunan | Jabatan Ukur | Jabatan Perancang Bandar dan Desa | Jabatan Kemajuan Perumahan |
| Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi | Jabatan Kerja Raya |
 


Carian Ke Pejabat Tanah Daerah


Brunei Muara
Belait
Tutong
Temburong

Carian Ke Bahagia-Bahagian


Pentadbiran
Perkhidmatan dan Kawalan
Permohonan dan Penggunaan
Pengurusan dan Pelupusan
Penaksiran
Pendaftaran
Hakmilik Strata

ASEAN Valuation Accociation


Carian Ke Penguasa Tanah ASEAN


Singapore