line decor
  Kembali  ::  
line decor
 

 infomasi berhubung dengan proses pindah milik tanah



(A) Kriteria Pemohon Pindah Milik Tanah

1.
Pemindah Milik/Penjual
    1.1 Mestilah tuan tanah/pemilik tanah yang berdaftar dalam Buku Daftar Tanah/Geran Tanah
    1.2 Mestilah memiliki tanah bergeran lain selain dari tanah yang akan dipindah milik/dijual kecuali atas sebab-sebab berikut :
          (a) atas Perintah Mahkamah untuk menjual hak milik tanahnya;
          (b) berumur melebihi 60 tahun keatas;
          (c) mana-mana alasan yang difikirkan berpatutan untuk dipertimbangkan.
   1.3 Tidak tersenarai sebagai Muflis dan mana-mana perintah/bantahan atau kaveat yang tidak membenarkannya memiliki tanah.

2. Penerima Milik/Pembeli
    2.1 Mestilah Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
    2.2 Badan-badan/Pertubuhan Awam/Syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam juga boleh dipertimbangkan.
    2.3 Kebenaran memiliki tanah daripada Jabatan Perdana Menteri bagi penerima milik/pembeli yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,
          yang bergaji bulan dan juga pelatih-pelatih yang akan dilantik secara kebelakangan untuk bergaji bulan.
    2.4 Pengesahan Taraf Kerakyatan hendaklah diperolehi terlebih dahulu oleh Penerima Milik/Pembeli jika terdapat syarat khas tanah “Rakyat Jati” dalam Geran Tanah yang akan diterima milik/dibelinya.
    2.5 Tidak tersenarai sebagai Muflis dan mana-mana perintah/bantahan atau kaveat yang tidak membenarkannya memiliki tanah.

(B) Bagaimana Caranya Menghadapkan Permohonan Pindah Milik Tanah
      I. Pemohon dikehendaki mengisikan dengan lengkap 2 set Borang Pindah Milik Tanah (Borang  A & Borang B) yang boleh dibeli di Kaunter Pembayaran Pejabat-Pejabat Tanah Daerah:
         Borang A – Pemindah Milik/Penjual B$2.00
         Borang B – Penerima Milik/Pembeli B$2.00
      II. Borang A & Borang B yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar ke
         Pejabat Tanah Daerah di mana letak tanah yang akan dipindah milik 2 minggu sebelum tarikh menandatangani Memorandum of Transfer (MOT) bersama-sama dokumen-dokumen berikut :

Borang A – Pemindah Milik/Penjual

  1. 3 salinan Geran Tanah yang akan dipindah milik/dijual
  2. 2 salinan Kad Pengenalan bagi setiap pemohon (Pemindah Milik/penjual)
  3. Jika terdapat perbezaan nama atau ejaan di dalam Geran Tanah dengan nama di dalam Kad Pengenalan, Pemindah Milik/Penjual mestilah mendapatkan Surat Sumpah (Statutory Declaration) dari Mahkamah
  4. Jika Pemindah Milik/Penjual (atau suami/isteri) telah berjaya mengikuti mana-mana Skim Tanah Kurnia Kerajaan, dikehendaki menyertakan surat pemberitahuan tarikh berjaya dan tarikh menerima tanah kurnia berkenaan
  5. Resit pembayaran Cukai Tahunan bagi tanah yang akan di pindah milik

Borang B – Penerima Milik/Pembeli

  1. 2 salinan Kad Pengenalan bagi setiap pemohon (Penerima Milik/Pembeli)
  2. 2 salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak bagi Penerima Milik/Pembeli yang berumur 18 tahun ke bawah
  3. 2 salinan Kad Pengenalan penjaga bagi Penerima Milik/Pembeli yang berumur 18 tahun ke bawah
  4. Kebenaran memiliki tanah daripada Jabatan Perdana Menteri bagi penerima milik/pembeli yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang bergaji bulan dan juga pelatih-pelatih yang akan dilantik secara kebelakangan untuk bergaji bulan.
    Salinan Pengesahan “Taraf Kerakyatan” daripada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (jika berkenaan)
    Pengesahan Taraf Kerakyatan hendaklah diperolehi terlebih dahulu oleh Penerima Milik/Pembeli jika terdapat syarat khas tanah seperti berikut di dalam Geran Tanah yang akan diterima milik/dibelinya :
    a. “Tanah ini tidak boleh dipindah milik kepada orang-orang yang bukan Rakyat Jati Brunei”
    b. “Tanah ini tidak boleh dipindah milik, digadai atau dipajak dengan tidak mendapat kebenaran Sultan Dalam Majlis Mesyuarat kecuali kepada Rakyat Jati Brunei yang berbangsa Melayu”

C) Tarikh menandatangani Memorandum of Transfer (MOT) akan ditetapkan 2 minggu selepas penerimaan borang permohonan.

D) Semasa menandatangani Memorandum of Transfer (MOT), sila bawa bersama:
             - Geran Tanah asal yang akan dipindah milik/dijual
             - Kad Pengenalan asal setiap Pemohon

Bagaimana Mendaftarkan Nama Sebagai Pentadbir Tanah/Sebagai Pemilik Tanah  Melalui Penurunan Waris

Keterangan : Pemohon hendaklah menghadapkan perkara-perkara berikut ke Pejabat-Pejabat Tanah Daerah mengikut di mana kedudukan letak tanah berkenaan :

(1) MENDAFTARKAN NAMA SEBAGAI PENTADBIR

  • Surat Pentabir (Letter of Administration) dari Pejabat Kehakiman (Mahkamah Waris)
  • 1 Salinan Geran Tanah
  • Salinan Kad Pengenalan Pentadbir
  • Geran Tanah Asal
  • Sijil Meninggal Dunia Pemilik Tanah asal atau Surat Sumpah dari Mahkamah jika Sijil Meninggal Dunia tidak ada
  • Bayaran pendaftaran B$1.00
  • Bayaran Borang B$1.00
  • Resit Pembayaran cukai tahunan dan cukai kebelakangan bagi tanah yang dituntut, jika ada

 

(2) MENDAFTARKAN NAMA SEBAGAI PEWARIS

  • Surat Pentabir (Letter of Administration) dari Pejabat Kehakiman (Mahkamah Waris)
  • 1 Salinan Geran Tanah
  • Salinan Kad Pengenalan Pentadbir
  • Geran Tanah Asal
  • Sijil Meninggal Dunia Pemilik Tanah asal atau Surat Sumpah dari Mahkamah jika Sijil Meninggal Dunia tidak ada
  • Surat daripada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah mengenai pengesahan ahli waris bagi pewaris yang berugama Islam atau Surat Pengesahan Ketua Kaum bagi Pewaris yang bukan berugama Islam
  • Bayaran pendaftaran B$1.00
  • Bayaran Borang B$1.00
  • Resit Pembayaran cukai tahunan dan cukai kebelakangan bagi tanah yang dituntut, jika ada