Turut hadir secara maya di Majlis tersebut adalah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Yang Mulia Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah Dan Alam Sekitar), Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan Dan Kemajuan), dan Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap(Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Divisyen di bawah Kementerian Pembangunan.

![]()
Melalui Perancangan Strategik Jabatan Tanah 2022-2027, visi Jabatan ini ialah “Untuk Menjana Kemakmuran dan Kesejahteraan Negara”. Sementara misi Jabatan ini pula ialah “Untuk Melaksana Pentadbiran dan Pengurusan Tanah Melalui Perkhidmatan Yang Cekap dan Responsif Kepada Pelanggan”.
Visi dan Misi tersebut adalah selaras dengan Visi dan Misi Kementerian Pembangunan di dalam Perancangan Strategiknya iaitu “Ke arah penggunaan tanah yang optima” yang mana ianya juga mendokong hasrat Kerajaan Brunei di dalam Wawasan Brunei 2035. Selaras ke arah Visi dan Misi tersebut Jabatan ini akan memberikan penekanan kepada 7 teras strategik seperti berikut:-
Teras Strategik Pertama – Memperkasa Pendaftaran Hak Milik & Urusniaga
Teras Strategik Kedua – Memperkasa Kutipan Hasil
Teras Strategik Ketiga – Memperkasa Penguatkuasaan
Teras Strategik Ke-Empat – Memperkukuh Pengurusan Organisasi
Teras Strategik Ke-Lima – Memperkukuh Pengurusan IT
Teras Strategik Ke-Enam – Memantap Pentadbiran Tanah
Teras Strategik Ke-Tujuh – Memantap Pengurusan Tanah
Melalui Perancangan Strategik ini juga, Jabatan ini akan berharap dapat berusaha dan berupaya untuk membuat satu transformasi di dalam sistem pentadbiran dan pengurusan tanah dan sekaligus, akan dapat memperkuatkan dan memperkukuhkan lagi organisasi Jabatan ini.
Yang Berhormat, Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan, telah menyentuh beberapa perkara utama di dalam ucapannya di Majlis perlaksanaan perancangan strategik Jabatan ini. Antaranya adalah seperti berikut:
Jabatan Tanah memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran tanah negara. Antara fungsi utamanya adalah memberikan jaminan keselamatan dan kesahihan pemilikan dan pemegangan tanah, melaksana pendaftaran transaksi-transaksi tanah, melaksana dasar-dasar tanah, mentadbir tanah Kerajaan dan tanah simpanan dan menyediakan penilaian hartanah untuk memenuhi keperluan status dan fiskal. Pelaksanaan fungsi-fungsi tersebut bukanlah sesuatu perkara yang mudah tanpa dukungan dasar-dasar tanah yang 4 dinamik, perundangan tanah yang kukuh serta prosedur dan proses yang sentiasa dikemaskini untuk memenuhi kehendak kemajuan sosio-ekonomi semasa dan memenuhi keperluan perkhidmatan pelanggan yang efisien.
Mengemaskinikan pentadbiran tanah dengan memperkenalkan sistem pembayaran di atas talian bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan tanah seperti pembayaran cukai tanah, pembayaran pentadbiran dan pendaftaran tanah dengan menggunakan aplikasi pembayaran BIBD bagi kemudahan orang ramai yang berurusan dengan Pejabat Tanah.
Dasar-dasar dan peraturan yang ada pada masa ini perlulah di review semula selaras dengan perkembangan keadaan masa kini, seperti pindaan dasar bagi proses Permohonan Pindah Milik Tanah, Permohonan Ambil Alih Tanah LTS yang sudah ada rumah kediaman, serta beberapa peruntukan-peruntukan di dalam akta tanah yang belum lagi dikuatkuasakan pada masa ini.
Majlis juga diselajurkan dengan pemberigaan dan penyerahan buku Perancangan Strategik Jabatan Tanah 2022-2027 kepada Ketua-Ketua Cawangan Daerah Pejabat Tanah dan Ketua Ketua Bahagian di bawah Jabatan Tanah.












Penyampai Taklimat


Sesi Bergambar Ramai



